Tuesday, 24 February 2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN TIADA PENDIRIAN ?

Pada pengamatan saya dapati Tuan Ibrahim Tuan Man tiada pendirian politik dan sentiasa mencari jalan selamat. Amat tidak sesuai dengan jawatan Ketua Penerangan PAS tetapi dalam banyak perkara beliau tidak dapat menyelesaikan isu yang berkaitan parti. Contohnya bagaimana ketua cawangan boleh kritik Timbalan Presiden PAS apakah tiada peraturan tegurlah secara berhemat. Ini tidak ketua cawangan boleh cari populariti murahan dengan mengkritik Timbalan Presiden Parti. Sepatutnya beliau yang bela Mat Sabu dan bukan lepas tangan. Mat Sabu adalah jawatan nombor dua dalam parti dan seolah-olah langsung tiada sumbangan pada Parti. UMNO memang tidak mahu Mat Sabu jadi Presiden Parti sebab ia amat agresif berbanding dengan TGHH. Sebab itu TV3 bagi ruang khas untuk menhentam Mat Sabu. Apapun saya harap ulama tunjuk akhlah yang baik, Cakap tak guna tapi tiada idea utk membangunkan negara.

No comments:

Post a Comment