Saturday, 9 July 2016

NIK AMAR EGO

Semua orang tahu bahawa kewujudan parti Amanah adalah kesan daripada fitnah golongan ustaz sewaktu muktamar PAS dan mengelarkkan mereka ini anti hudud. Hakikatnya apa yang hendak dibawa oleh Haji Hadi itu bukan hudud sebaliknya enakmen pindahan syariah Kelantan. Oleh kerana pembawaanenakmen tesebut adalah usul pensendirian tanpa ada perbincangan maka ia telah dipersoalkan oleh pemimpin PAS yang lain. Kekalahan golongan profesional dalam muktamad PAS tersebut maka tertubuhnya AMANAH. Antara yang anti Amanah ialah Nik Amar dan beliau juga adalah antara orang kuat yang menyebar fitnah kepada pemimpin PAS profesional. Keegoaan beliau jelas apabila mengatakan parti Amanah berwarna kuning yang warna sama dengan nanah maka parti Amanah itu adalah nanah dan busuk. Inikah tahap bermikiran seorang ustaz dan timbalan MB Kelantan? Nik Amar harus akui bahawa Amanah adalah sebuah parti serpihan tetapi bukan golongan kecewa. Amanah kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan parti PAS oleh itu layalah Amanah dengan profesional.