Selepas banjir besar melanda Kelantan dimana bandar kuala krai hampir tenggelam dan banyak kawasan pendalaman hampir tinggal sejarah, maka terdapat suara-suara daripada berbagai pihak terutamanya NGO supaya PAS dan UMNO bergabung. Tujuan bergabung supaya urusan banjir di Kelantan dapat berjalan lancar dan kedua untuk mengembalikan kekuatan politik orang melayu. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut tetapi harus di ingat sebelum bergabung mekanismanya bagaimana? Adakah apabila bergabung menteri besar di Kelantan daripada orang UMNO ? ataupun daripada orang PAS. Bagaimana reaksi dan penerimaan daripada penyokong kedua-dua pihak ? Saya suka berkongsi pandangan dengan semua orang dan saya bukan orang politik. Melihat kepada sejarah, orang PAS terdiri daripada berbagai idea pemikiran teruama sekarang ada yang menyokong Islam tanpa alasan dan menyokong Islam pada tahap kesederhanaan. Mereka yang mendokong perjuangan parti tanpa ada alasan (untuk tolak ansur) ini dipanggil ulama. Saya percaya jika UMNO bergabung dengan PAS pastinya MCA rasa kecil hati kerana banyak perkara tidak boleh dilakukan. Tengok sekarang dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah buat hal dan bukan untuk muhasabbah diri bahawa kita adalah pembangkang. PAS yang ditubuhkan bertahun-tahun dahulu tidak pernah mendapat kuasa seperti ini kecuali melalui gabungan pakatan rakyat. Tengok dalam pilihanraya ke 13 baru2 ini terdapat juga kerusi yang ada dua calon iaitu calon PKR dan calon PAS. Contoh kerusi di tempat Pulau Pinang yang ditandingi oleh Cikgu Bad, kdua-dua tewas dan UMNO yang menang. Sepatutnya Cikgu Bad boleh menang jika calon PAS tiada. Ini menunjukkan bahawa PAS juga tamak dan tiada tolak ansur apabila berhadapan dengan kuasa.
Saya kira UMNO tidak perlu bergabung dengan PAS. Jika bergabung banyak keburukkan daripada kebaikkan. PAS jiga dilanda krisis kepimpinan terutama TGHH yang tidak dapat mengesan bahawa kepimpinan sudah tidak diperlukan lagi. Perpecahan dalam PAS bakal memberi kelebihan kepada UMNO. Rakyat kelantan sudah muak dengan PAS yang tidak ada apa-apa pembangunan untuk rakyat. Justeru itu, UMNO mestilah pandai ambil peluang supaya krisis dalam PAS memberi kelebihan kepadanya.
No comments:
Post a Comment