Monday, 23 February 2015

ADAKAH INI CIRI-CIRI ORANG ISLAM ?


Sepatutnya Persidangan Multaqa Ulama Pas digunakan untuk memperkasanakan parti tetapi telah digunakan untuk menghentam Mat Sabu yang juga Tim.Presiden Pas dan didakwa puak yang ingin menjatuhkan Presiden parti. Marahkan nyamuk kelabu di bakar, lalu Pasma menjadi sasaran kemarahan. Pasma hanya sebuah pertubuhan NGO dan ia tiada kuasa untuk menjatuhkan sesiapa. Tujuan penubuhan Pasma ialah untuk merapatkan lagi hubungan Pas dalam pakatan rakyat yang dikatakan semakin renggang. Presiden parti sendiri hendak bawa keluar Pas untuk bergabung dengan UMNO dan usaha-usaha itu telahpun digerakkan oleh Datuk Harun Din melalui Ustaz Nasruddin. Kata-kataNik Amar ini sebenarnya hendak ditujukan kepada Mat Sabu kerana beliau dituduh bergerak utama untuk singkirkan Presiden Parti. Ternyata Nik Amar bukan seseorang yang berkredibiliti tinggi kerana mencebur orang tanpa fakta yang kukuh.

Apakah Mat Sabu tiada pengikut ? Jika betul ada gerakan untuk singkirkan Presiden parti maka TGHH terimalah hakikat bahawa kepimpinan beliau tidak diperlukan lagi. Oleh itu berundurlah sebelum orang benci. Pengorbanan beliau parti dihargai kerana ia akan memberi kekuatan kepada parti. Kepada Nik Amar usahlah melatah...selesai masalah rumah banjir jangan berjanji macam2 tapi habukpun tarak. Menteri Besar Kelantan beritahu kerajaan pusat akan buat rumah untuk mangsa banjir sebelum bulan ramadhan (lewat sangat) tapi kalau kerajaan pusat tak bagi agak2nya apa nak kata ?  Mangsa tsunami di Kedah dikhabarkan sudah 3 tahun belum dapat rumah yang dijanjikan. Apapun itulah politik yang penuh dengan dimensi warna warni. 

No comments:

Post a Comment