Saturday 9 July 2016

NIK AMAR EGO

Semua orang tahu bahawa kewujudan parti Amanah adalah kesan daripada fitnah golongan ustaz sewaktu muktamar PAS dan mengelarkkan mereka ini anti hudud. Hakikatnya apa yang hendak dibawa oleh Haji Hadi itu bukan hudud sebaliknya enakmen pindahan syariah Kelantan. Oleh kerana pembawaanenakmen tesebut adalah usul pensendirian tanpa ada perbincangan maka ia telah dipersoalkan oleh pemimpin PAS yang lain. Kekalahan golongan profesional dalam muktamad PAS tersebut maka tertubuhnya AMANAH. Antara yang anti Amanah ialah Nik Amar dan beliau juga adalah antara orang kuat yang menyebar fitnah kepada pemimpin PAS profesional. Keegoaan beliau jelas apabila mengatakan parti Amanah berwarna kuning yang warna sama dengan nanah maka parti Amanah itu adalah nanah dan busuk. Inikah tahap bermikiran seorang ustaz dan timbalan MB Kelantan? Nik Amar harus akui bahawa Amanah adalah sebuah parti serpihan tetapi bukan golongan kecewa. Amanah kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan parti PAS oleh itu layalah Amanah dengan profesional.

Tuesday 24 February 2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN TIADA PENDIRIAN ?

Pada pengamatan saya dapati Tuan Ibrahim Tuan Man tiada pendirian politik dan sentiasa mencari jalan selamat. Amat tidak sesuai dengan jawatan Ketua Penerangan PAS tetapi dalam banyak perkara beliau tidak dapat menyelesaikan isu yang berkaitan parti. Contohnya bagaimana ketua cawangan boleh kritik Timbalan Presiden PAS apakah tiada peraturan tegurlah secara berhemat. Ini tidak ketua cawangan boleh cari populariti murahan dengan mengkritik Timbalan Presiden Parti. Sepatutnya beliau yang bela Mat Sabu dan bukan lepas tangan. Mat Sabu adalah jawatan nombor dua dalam parti dan seolah-olah langsung tiada sumbangan pada Parti. UMNO memang tidak mahu Mat Sabu jadi Presiden Parti sebab ia amat agresif berbanding dengan TGHH. Sebab itu TV3 bagi ruang khas untuk menhentam Mat Sabu. Apapun saya harap ulama tunjuk akhlah yang baik, Cakap tak guna tapi tiada idea utk membangunkan negara.

Monday 23 February 2015

ADAKAH INI CIRI-CIRI ORANG ISLAM ?


Sepatutnya Persidangan Multaqa Ulama Pas digunakan untuk memperkasanakan parti tetapi telah digunakan untuk menghentam Mat Sabu yang juga Tim.Presiden Pas dan didakwa puak yang ingin menjatuhkan Presiden parti. Marahkan nyamuk kelabu di bakar, lalu Pasma menjadi sasaran kemarahan. Pasma hanya sebuah pertubuhan NGO dan ia tiada kuasa untuk menjatuhkan sesiapa. Tujuan penubuhan Pasma ialah untuk merapatkan lagi hubungan Pas dalam pakatan rakyat yang dikatakan semakin renggang. Presiden parti sendiri hendak bawa keluar Pas untuk bergabung dengan UMNO dan usaha-usaha itu telahpun digerakkan oleh Datuk Harun Din melalui Ustaz Nasruddin. Kata-kataNik Amar ini sebenarnya hendak ditujukan kepada Mat Sabu kerana beliau dituduh bergerak utama untuk singkirkan Presiden Parti. Ternyata Nik Amar bukan seseorang yang berkredibiliti tinggi kerana mencebur orang tanpa fakta yang kukuh.

Apakah Mat Sabu tiada pengikut ? Jika betul ada gerakan untuk singkirkan Presiden parti maka TGHH terimalah hakikat bahawa kepimpinan beliau tidak diperlukan lagi. Oleh itu berundurlah sebelum orang benci. Pengorbanan beliau parti dihargai kerana ia akan memberi kekuatan kepada parti. Kepada Nik Amar usahlah melatah...selesai masalah rumah banjir jangan berjanji macam2 tapi habukpun tarak. Menteri Besar Kelantan beritahu kerajaan pusat akan buat rumah untuk mangsa banjir sebelum bulan ramadhan (lewat sangat) tapi kalau kerajaan pusat tak bagi agak2nya apa nak kata ?  Mangsa tsunami di Kedah dikhabarkan sudah 3 tahun belum dapat rumah yang dijanjikan. Apapun itulah politik yang penuh dengan dimensi warna warni. 

Sunday 22 February 2015

PAS dan UMNO bersatu, mekanismanya bagaimana?

Selepas banjir besar melanda Kelantan dimana bandar kuala krai hampir tenggelam dan banyak kawasan pendalaman hampir tinggal sejarah, maka terdapat suara-suara daripada berbagai pihak terutamanya NGO supaya PAS dan UMNO bergabung. Tujuan bergabung supaya urusan banjir di Kelantan dapat berjalan lancar dan kedua untuk mengembalikan kekuatan politik orang melayu. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut tetapi harus di ingat sebelum bergabung mekanismanya bagaimana? Adakah apabila bergabung menteri besar di Kelantan daripada orang UMNO ? ataupun daripada orang PAS. Bagaimana reaksi dan penerimaan daripada penyokong kedua-dua pihak ? Saya suka berkongsi pandangan dengan semua orang dan saya bukan orang politik. Melihat kepada sejarah, orang PAS terdiri daripada berbagai idea pemikiran teruama sekarang ada yang menyokong Islam tanpa alasan dan menyokong Islam pada tahap kesederhanaan. Mereka yang mendokong perjuangan parti tanpa ada alasan (untuk tolak ansur) ini dipanggil ulama. Saya percaya jika UMNO bergabung dengan PAS pastinya MCA rasa kecil hati kerana banyak perkara tidak boleh dilakukan. Tengok sekarang dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah buat hal dan bukan untuk muhasabbah diri bahawa kita adalah pembangkang. PAS yang ditubuhkan bertahun-tahun dahulu tidak pernah mendapat kuasa seperti ini kecuali melalui  gabungan pakatan rakyat. Tengok dalam pilihanraya ke 13 baru2 ini terdapat juga kerusi yang ada dua calon iaitu calon PKR dan calon PAS. Contoh kerusi di tempat Pulau Pinang yang ditandingi oleh Cikgu Bad, kdua-dua tewas dan UMNO yang menang. Sepatutnya Cikgu Bad boleh menang jika calon PAS  tiada. Ini menunjukkan bahawa PAS juga tamak dan tiada tolak ansur apabila berhadapan dengan kuasa.

Saya kira UMNO tidak perlu bergabung dengan PAS. Jika bergabung banyak keburukkan daripada kebaikkan. PAS jiga dilanda krisis kepimpinan terutama TGHH yang tidak dapat mengesan bahawa kepimpinan sudah tidak diperlukan lagi. Perpecahan dalam PAS bakal memberi kelebihan kepada UMNO. Rakyat kelantan sudah muak dengan PAS yang tidak ada apa-apa pembangunan untuk rakyat. Justeru itu, UMNO mestilah pandai ambil peluang supaya krisis dalam PAS memberi kelebihan kepadanya.